TAIPING RIDERS GROUP

TAIPING RIDERS GROUP ( TRG )

Rabu, 11 Ogos 2010

LAPAR DAN KENYANG

Kelebihan Lapar dan keburukan kenyang

1. Allah melarang kita melampau dalam makanan.Firman Allah s.w.t:
"Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang melampau."(Al-A'raf)

2. Hanya dua pertiga perut.Nabi s.a.w bersabda:"Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih terok dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hr Tirmizi dan Abu Daud)

3. Lapar menyukarkan syaitan.Nabi s.a.w bersabda:'Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hr Ibnu Abi ad-Dunya-daif)

4. Kenyang di dunia lapar di akhirat.Nabi s.a.w bersabda:"Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia."(Hr Baihaqi dan at-Tirmizi -Hasan )

5. Lapar adalah sunnah Nabi s.a.wAbu Hurairah r.a berkata:"Nabi s.a.w dan ahli keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum sehinggalah baginda meninggal dunia."(Hr Muslim - sahih)

6. Perut yang boroi tidak disukai Nabi s.a.wSuatu hari Nabi s.a.w melihat kepada lelaki yang boroi perutnya. Maka Nabi s.a.w menunjukkan kearah perut lelaki itu dgn jarinya, seraya bersabda:"Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik."(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi -sanadnya jaid)

7. Orang yang kuat makan tidak ada nilai disisi Allah.Rasulullah s.a.w bersabda:"Maka didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai kepak nyamuk pun disisi Allah."(Hr Bukhari dan Muslim -sahih)

8. Hukum-hukum makan
Makan ini ada beberapa hukum:
1. Wajib: makan yang mengelakkan kematian.
2. Sunnah: Makan beberapa suap ketika lapar.
3. Harus: makan dan minum sehingga dua pertiga perut.
4. Makruh: Lebih dua pertiga dan tidak penuh perut.
5. Haram: Makan sehingga penuh perut.
Pengharaman makan sehingga penuh perut disebut oleh dalam kitab al-Maraqil Ubudiah karangan Imam Nawawi bentan.

9. Keburukan KenyangAbu Sulaiman ad-Darani telah berkata:
"Sesiapa yang kenyang maka mendapat enam keburukan:
1. Kehilangan kemanisan bermunajat.
2. Susah hendak mengahafal mutiara ilmu.
3. Kurang rasa kasihan pada manusia lain kerana menganggap orang lain pun semuanya kenyang.
4. Malas hendak beribadah.
5. Bertambah nafsu syahwat.
6. Orang-orang beriman sentiasa duduk di masjid dan orang-orang yang kenyang duduk ditempat-tempat kotor dan maksiat.

10. Lapar sedikit adalah ubat yang mujarab.Khalifah ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung.Ada timbul beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya.
Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu dikalangan mereka dengan jawapan2 yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain.
Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab:"Ubat yang tidak ada kesan buruk disisiku adalah janganlah engakau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."# maksud lapar yang terpuji disini adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa penyakit. Adapun lapar yang boleh membawa penyakit adalah dilarang.

Jumaat, 23 Julai 2010

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PAMIRAN MOTOR BERKUASA TINGGI

Assalamualaikum,
Kepada Bikers semua
Adalah dimaklumkan Datuk Sri Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang akan menganjurkan satu program.

Programnya seperti berikut

EXPO PAS FOR ALL
*TARIKH: 31.07.2010 ( SABTU )
*TEMPAT: PEKAN TERONG ( DUN TERONG )
*MASA : 9.00 AM – 1.30 PM

DIANTARA ACARA2NYA

*SUKAN RAKYAT
*DERMA DARAH
*PAMIRAN DARI EGENSI2 KERAJAAN DAN SWASTA
*GERAI JUALAN
*PERSEMBAHAN NYASID
*PAMIRAN MOTOR BERKUASA TINGGI
*DLL

P/S MANA MANA BIKER YANG INGIN MENYUMBANG BIKENYA UNTUK DIPAMIRKAN DARI JAM 10 AM - 1.30PM ( MASA BEBAS )
SILA HUBUNGI SAYA AMIRUL 0195688885 UNTUK TUJUAN PENGURUSAN DAN
SILA NYATAKAN SAIZ T,SHIRT ( TEMPAHAN KHAS UNTUK CENDRAHATI )SELEWAT LEWATNYA SELASA 27 JULAI 2010

Rabu, 21 Julai 2010

PR Perak sedia peguam bela pesalah saman ekor
http://misabah.blogspot.com/

Pakatan Rakyat Perak sedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah. Demikian dijelaskan oleh YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar pagi tadi bersama dengan peguam Asmuni Awi.Sidang akhbar tersebut turut dihadiri oleh beberapa pimpinan dan adun Pakatan Rakyat.

Menurut Tn. Hj Asmuni Awi, seorang pengamal undang-undang dan juga Pengarah Pilihanraya PAS Perak.Tindakan JPJ yang tidak mahu memperbaharui cukai jalan kepada pesalah saman ekor adalah bertentangan dengan peraturan dan undang-undang, pesalah saman ekor tidak pernah dibuktikan bersalah samada melalui pengakuan atau pembuktian pihak pendakwa.

Tindakan ini jelas satu penganiyaan ke atas rakyat.Saman ekor melalui perangkap kamera ke atas pesalah jalanraya tidak dianggap satu kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan selagi tidak dibuktikan di mahkamah.Tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalan raya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah.Pakatan Rakyat Perak melalui pasukan peguamnya bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana pesalah saman ekor.Ustaz Misbahul Munir Masduki,Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Isnin, 19 Julai 2010

AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT

Akibat tinggal sembahyang

Solat adalah kewajipan ibadah yang telah difardukan sejak zaman umat terdahulu lagi. Ini jelas disebutkan dalam al-Quran yang menceritakan bagaimana Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya untuk sembahyang:

قال تعالى:وكان يأمر أهله بالصلاة والزكاة وكان عند ربه مرضيا (سورة مريم: الأية 55Maksudnya: Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya dengan solat dan berzakat. Beliau diredai disisi tuhannya.(Maryam: 55)
Mereka yang meninggalkan solat akan dihukum bunuh dan diperangi sekiranya mereka dalam kelompok yang ramai. Ini jelas daripada hadis yang berikut
:أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام، وحسابهم على الله.Maksudnya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Sekiranya mereka telah melakukan yang sedemikian maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka melainkan dengan hak-hak Islam (seperti mereka telah membunuh yang tidak dibenarkan). Perkiraan hati akan dinilai oleh Allah.HR Bukhari dan Muslim

Hukuman ini dilaksanakan apabila mereka tidak mahu bertaubat setelah diminta sedemikian.Amalan pertama yang dihisabعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته, فإن صلحت، فقد أفلح وأنجح، وإن فسدت فقد خاب وخسر، فإن اتقص من فريضته شيء، قال الرب عز وجل: انظروا هل لعبدي من تطوع؟ فيكمل بها ما انتقص من الفريضة، ثم يكون سائر عمله على ذلك.Maksudnya:Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya.

Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.Diantara hadis-hadis yang mengancam manusia yang tidak menunaikan sembahyang adalah seperti berikut:أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:من فاتته الصلاة، فكأنما وتر أهله ومالهMaksudnya:Siapa yang telah meninggalkan solat maka seumpama telah binasa keluarga dan hartanya.(HR Ahmad)

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الذي تفوته صلاة العصر كأنما وتر أهله وماله.Maksudnya: Nabi bersabda: Orang yang tertinggal solat asar seumpama dimusnahkan keluarga dan hartanya.(HR Muslim)

Firman Allah S.W.T:((فويل للمصلين.الذين عن صلاتهم ساهون))(الماعون: 4,5)Maksudnya:Maka celakalah atau lubang dalam neraka bagi bagi orang yang sembahyang; iaitu orang yang meninggalkan sembahyangnya.Ibnu Abbas berkata: Mereka adalah orang-orang yang melewatkan solatnya dari waktunya.Abul 'Aliah berkata: Mereka adalah yang menunaikan solat diluar waktunya dan tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya.

Orang yang tidak mengakui kewajipan solat adalah kafir. Berdosa besar bagi orang yang meninggalkannya dan mengatakan ianya fardu.Ini jelas daripada hadis:العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفرMaksudnya:Perjanjian diantara orang Islam dengan orang kafir adalah solat; sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia.(HR Tirmizi).

RIDE MAKAN DURIAN BERSAMA SANGRIA GROUP KUALA LUMPUR