TAIPING RIDERS GROUP

TAIPING RIDERS GROUP ( TRG )

Khamis, 19 Ogos 2010

DOSA DOSA YG DIANGGAP BIASA

Memo: Naik motor berlainan jantina satu kesalahan

Menaiki kenderaan secara "berdua-duaan" di antara pelatih yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang.
Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat.Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan bahawa larangan itu dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).Perbuatan berdua-duaan itu sebagai "kelakuan yang boleh ditafsir sebagai boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada nama baik institusi sama ada di dalam atau di luar kampus," menurut salinan memo yang diperolehi Malaysiakini.Buang bayi"Pihak keselamatan tidak akan membenarkan kenderaan yang terlibat keluar dari pintu masuk ke IPG jika melakukan kesalahan yang dinyatakan," memo itu dipetik."Sebab apa, kita buat begitu sebab hendak cegah.
Itu lebih baik sebelum berlaku kejadian seperti buang bayi," kata Mazlan ketika ditanya sebab penguatkuasaan seperti itu.Beliau memberi contoh perbuatan berdua-duaan yang ingin ditegahnya itu seperti "berpegang-pegangan di dalam kereta."Beliau juga menafikan tanggapan bahawa penguatkuasaan itu dibuat dengan melampau, memandangkan tidak ada bantahan daripada para pelajar.Katanya lagi, peraturan itu hanya dikuatkuasakan di kawasan kampus dan ditujukan kepada para pelajar yang secara terang-terangan dan berulang-kali menaiki kenderaan secara berdua-duaan untuk keluar daripada kampus tersebut."Saya jelaskan kepada pelajar, bukan tidak boleh langsung naik motorsikal bersama.
Kalau ada urusan tak apalah."Cuma kita tidak mahu para pelajar ini sering keluar malam, tambahan pula dengan orang luar."Berdua-duaan"Kalau untuk makan saja tidak ada masalah. Tapi kalau sudah habis makan tapi masih berdua-duaan dalam kereta, itu sudah tidak patut," katanya.Mazlan bagaimanapun menegaskan, tidak ada bentuk hukuman ditetapkan untuk kesalahan seperti itu.Jelasnya, langkah yang akan diambil adalah menasihati pelajar dan staf terbabit apabila timbul banyak aduan berhubung tingkah laku mereka.Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada institut pengajian tinggi lain turut mengambil langkah sama seperti kampus tersebut.Katanya lagi, warga kampus itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada kira-kira 1,400 orang pelajar perlu menyedari keadaan sosial setempat di Kuala Lipis yang menurutnya sukar menerima perbuatan seperti itu.Jelasnya, tahap toleransi masyarakat luar bandar itu adalah berbeza daripada masyarakat seperti Kuala Lumpur.
Malaysiakini/-

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : KHALWAT (BERDUAAN) DENGAN WANITA YANG BUKAN MAHRAM
Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid

ٍSyetan amat giat dalam menebarkan fitnah dan menjerumuskan manusia kepada yang haram. Karena itu, Allah mengingatkan kita dengan firmanNya, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah syetan maka sesungguhnya syetan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar.” (An-Nur: 21)
Kemudian syetan masuk kepada anak Adam melalui aliran darah. Di antara cara-cara syetan dalam menjerumuskan manusia ke dalam perbuatan keji adalah khalwat dengan wanita bukan mahram. Karenanya, syari’at Islam menutup pintu tersebut,
sebagaimana yang disabdakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثُهُمَا الشَّيْطَانُ.“
Tidaklah seorang laki-laki berkhalwat dengan wanita, kecuali pihak ketiganya adalah syetan.”( Hadits riwayat At-Turmudzi, 3/474;
lihat Misykatul Mashabih, 3188.)
Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahwasanya
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بَعْدَ يَوْمِيْ هَذَا عَلَى مُغِيْبَةٍ إِلاَّ وَمَعَهُ رَجُلٌ أَوِ اثْنَانِ.“
Sungguh hendaknya tidak masuk seorang laki-laki dari kamu, setelah hari ini kepada wanita yang tidak ada bersamanya (suami atau mahramnya), kecuali bersamanya seorang atau dua orang laki-laki”
( Hadits riwayat Muslim, 4/1711.)

Berdasarkan petunjuk hadits di atas, maka tidak dibolehkan seorang laki-laki berkhalwat dengan wanita bukan mahram, baik di rumah, di kamar, di kantor atau di mobil. Baik dengan istri saudaranya, dengan pembantunya atau pasien wanita dengan dokter atau yang semacamnya.
Banyak orang meremehkan persoalan ini. Entah karena terlalu percaya kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain. Padahal, khalwat sangat potensial untuk mengundang perbuatan mungkar dan maksiat.
Paling tidak, membangun prolog untuk mengarah ke sana. Karenanya tidak mengherankan jika semakin banyak ketidakjelasan nasab dan keturunan, di samping jumlah anak-anak haram juga meningkat tajam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan